Selasa, Julai 14, 2009

Kitab Tib




Tib dalam bahasa Arab bermakna ilmu mengenai ubat-ubatan atau jampi menjampi. Kitab Tib ialah kitab mengenai ubat-ubatan atau jampi menjampi. (Kamus Dewan, 2000: 1441). Kitab Tib merupakan sebuah kitab atau manuskrip tentang ilmu perubatan Melayu secara tradisional. Ia merupakan amalan atau petua-petua yang dimiliki oleh seseorang itu sama ada sebagai bomoh atau sebagainya. Kita tib menampilkan pelbagai rumusan ubat dan pelbagai jenis penyakit sama ada penyakit yang bersifat zahir atau pun yang bersifat batin. Bahan-bahan yang sering digunakan dalam perubatan tradisional ialah air, tumbuh-tumbuhan dan seringkali bahagian-bahagian tertentu yang bersesuaian digunakan untuk merawat sesuatu penyakit seperti penggunaan jampi, doa, tangkal atau azimat dan sebagainya dalam sesuatu perubatan yang dilakukan (Ab. Razak Ab. Karim, 2002: 77).

Tiada ulasan: