Jumaat, April 24, 2009

Kaji Hukuman Lebih Berat

PUTRAJAYA - Tanggapan umum bahawa pesalah kes syariah biasanya boleh terlepas daripada hukuman berat seperti penjara serta sebat dan hanya dikenakan denda mungkin berubah tidak lama lagi.

Ini kerana Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984) bagi mengenakan hukuman yang lebih berat.

Langkah itu dianggap oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) sebagai bukan sahaja meningkatkan kredibiliti mahkamah tetapi juga membendung kes jenayah syariah.

Katanya, akta itu diteliti kerana ia membataskan hukuman yang boleh dikenakan iaitu sebatan tidak melebihi enam kali, denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun.

"Kita akan tunggu cadangan-cadangan daripada jawatankuasa ini untuk tindakan seterusnya,'' kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Menurutnya, walaupun akta itu ada peruntukan hukuman sebat, hakikatnya ia jarang dilaksanakan.

Tiada ulasan: