Isnin, Disember 21, 2009

Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia


ISBN: 9789834359652
Author: Danny Lim/ Ahmad Kamal Abu Bakar (translator)
Publisher: Matahari Books
Year: 2008
Number of page: 115
Price:RM20.00

Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanit...a-wanita yang kematian suami lebih menyenangi kehadiran Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang berterbangan bersama-sama dengan usus-ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi 'kak-kak-kak-kak-kak' di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh-roh pelbagai bangsa yang menghantui Malaysia.

Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu


ISBN: 978967612155-X
Author: Ahmad Jelani Halimi
Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Year: 2008
Number of page: 412
Price:RM40.00

Tulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama yang mengandungi sejarah dan tamadun bangsa Melayu sejak prasejarah hinggalah sampai ia dipengaruhi oleh budaya dan kepercayaan dari India. Dalam bahagian ini juga dijelaskan tentang perkembangan perdagangan di kawasan Nusantara serta pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal serta kerajaan-kerajaan yang dipengaruhi budaya Hindu-Buddha.Dalam bahagian kedua dibincangkan tentang penyebaran agama Islam di kawasan ini serta pengaruhnya dalam kalangan bangsa Melayu. Bahagian dua juga menerangkan tentang perkembangan kerajaan-kerajaan Islam di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Indo-China, Kalimantan dan Jawa. Dinyatakan juga tentang sebab-sebab kebangkitan, perkembangan dan keruntuhan kerajaan-kerajaan itu. Dicatatkan juga tentang kesan serta pengaruh agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu.

13 Mei: Sebelum dan Selepas



ISBN: 9789676120731
Author: Tunku Abdul Rahman
Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Year: 2007
Number of page: 195
Price:RM20.00

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana k...ejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak dapat tolok bandingnya.Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan (Tunku Abdul Rhman, 1969)

Telefon Baru - 1 Muharam 1431 Hijrah

Khamis, November 05, 2009

Pantang Larang Kapur Sirih

Oleh: Nurul Farina Nazlan

Masyarakat Melayu, India dan suku Sarawak manfaat cara berbeza

KAPUR sirih memang banyak kegunaannya sama ada dalam pembuatan kuih-muih tradisional, ketika bersalin, memakan sirih atau berubat dalam masyarakat Melayu, tetapi suatu yang jarang diketahui ramai bahawa ada pantang larang penggunaannya dalam masyarakat India dan suku di Sarawak.
Pengalaman penulis ketika berkunjung ke sebuah kedai milik bangsa India pada satu senja kerana ingin membeli kapur memberi pengalaman baru apabila pemilik kedai enggan menjual kapur dengan alasan sudah kehabisan stok, meskipun sebenarnya ia dapat dilihat masih ada.

Seakan-akan tidak percaya dengan jawapan itu dan selepas melihat reaksi pelik penulis, pemilik kedai terbabit menerangkan dalam masyarakat India, ada pantang larang bahawa mereka tidak dibenarkan menjual kapur pada waktu senja kecuali pembeli mengambil sendiri tanpa bertanya kepada penjual dan terus membayarnya.

Pemilik kedai itu memberitahu penulis, sekiranya dia menjual kapur berkenaan, ia mungkin akan menimbulkan perbalahan antara kami berdua pada suatu masalah kelak kerana dalam masyarakat India kapur dianggap barang keperluan yang panas.

Selain daripada pantang larang terbabit, penulis diberitahu, masyarakat India juga berpegang kepada kepercayaan bahawa amalan memakan sirih yang dilengkapkan dengan pinang dan kapur oleh wanita dalam tempoh berpantang dapat menambah zat kalsium dalam tubuh mereka.

Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Prof Dr M Rajantheran, berkata sebenarnya kebanyakan kepercayaan dan pantang larang masyarakat India terhadap penggunaan kapur sirih semakin terhakis ekoran peralihan zaman dan kepercayaan yang menipis di kalangan generasi muda.

“Memang pada zaman dulu, masyarakat mengaitkan banyak benda untuk dijadikan pantang larang bagi mengelakkan berlakunya sesuatu perkara buruk. Sebagai contoh, kita dilarang memotong kuku pada waktu malam dengan alasan akan muncul lembaga jika tidak dipatuhi,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pantang larang berkenaan diguna pakai masyarakat zaman dulu kerana ketiadaan bekalan elektrik akan menjejaskan penglihatan pemotong kuku pada waktu malam dan memungkinkan berlakunya kecederaan kepada pelaku dan kuku yang bertaburan di lantai menyebabkan ketidakselesaan pada orang lain.

Bagi Prof M Rajantheran, mereka yang masih percaya kepada pantang larang berhubung kapur sirih adalah dalam kelompok masyarakat konservatif yang masih berpegang teguh terhadap amalan dan kepercayaan lama meskipun sudah berada pada alaf ketiga.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yusmilayati Yunos pula, berkata dalam masyarakat Melayu tidak ada istilah pantang larang yang kuat membabitkan penggunaan kapur sirih.

“Dalam masyarakat Melayu pantang larang ini kurang berbanding Jawa yang sering mencalitkan kapur di bahagian telinga kanak-kanak, pada upacara kematian bagi mengelakkan si anak daripada terkejut atau terkena sampuk dengan makhluk halus,” katanya.

Yusmilayati mendedahkan, kajian pelajarnya berhubung amalan pantang larang membabitkan kapur sirih di Sarawak mendapati bahawa kapur yang dibalut dengan daun sirih dan pinang diletakkan bersebelahan sebatang paku dalam upacara perkahwinan.

Semua barang berkenaan akan dibuang ke dalam sungai kerana dipercayai boleh membuang sial, mengelakkan pasangan pengantin daripada terkena bala dan demi menjaga keselamatan pasangan pengantin dan bagi memastikan majlis perkahwinan terbabit berjalan lancar.

“Amalan itu masih menjadi tradisi masyarakat di Sarawak hingga ke hari ini . Malah, ia juga digunakan bagi menaikkan seri wajah dalam perubatan di sana dan dipanggil ‘menconteng’ iaitu bagi mengelak gangguan makhluk halus dengan mencalit kapur di atas kunyit hidup,” jelasnya.

Yusmila berkata, kebanyakan bomoh dan pawang menggunakan mantera tertentu bagi tujuan menyembuhkan penyakit terutama yang berkaitan dengan makhluk halus dan menasihatkan masyarakat agar meneliti sama ada ia bertentangan atau tidak dengan hukum Islam.

Bismi’llahi’l -Rahmani’l-Rahim
Nun di atas na pinangku
Nun di atas du sirihku
Kumbang menari-nari padaku
Semut mengiring-ngiring dibibirku
Seri naik ke dahiku
Cahaya naik ke wajahku
Seri ku sik hilang
Cahaya ku sik berubah
Berkat aku makei doa la ilaha illa’llah
Muhammadar Rasulullah.


Justeru, amalan dan pantang larang berkenaan kapur sirih sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan jika diamalkan, tetapi ia perlu dielakkan jika membawa kepada amalan khurafat dan syirik khususnya kepada masyarakat Islam yang berimankan kepada Allah dan nabi Muhammad saw.

(Lihat Berita Harian, 5 November 2009, ruangan Sastera)

**Kajian berkenaan kapur sirih ini dijalankan oleh Norlydiawati Saji

Rabu, Oktober 21, 2009

Caping




Caping atau cawat logam merupakan sejenis pakaian yang digunakan untuk menutup alat sulit. Caping khusus dikenakan kepada kaum wanita terutamanya anak perempuan yang bentuknya ringkat dan boleh didapati di pasaran pada zaman dahulu. Dengan memakai cawat ini dikatakan sudah berpakaian lengkap. Bentuknya seakan daun pokok dan lazimnya dibentuk dari sebarang logam yang diaratakan. Bagaimanapun terdapat rekod yang membuktikan caping dibuat daripada emak, perak, tembaga merah dan kuning, kulit kerang, tempurung kayu dan kadangkala daripada bahan yang dijalin, ditempa dan dipaterikan.

Caping emas biasanya dipakai oleh kerabat diraja atau anak-anak orang kaya yang mlambangkan status dan kedudukan mereka, namun rakyat biasa juga tidak ketinggalan memakai caping. biasanya mereka memakai caping yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

Rabu, Ogos 26, 2009

Tour To Benut 2 Ogos 2009


Seawal 6.00 pagi saya telah terjaga dari tidur kerana hari ini saya akan ke Benut untuk bertemu dengan Encik Amin anak Penghulu di Kampung Parit Lapis Sayang. Saya telah membuat temujanji dengan beliau sekitar jam 11 pagi. Selepas mandi dan bersolat subuh, saya meneliti semula bahan-bahan yang bakal dibawa seperti kamera, video kamera, perakam suara, buku nota, alat tulis dan soalan-soalan yang akan ditanyakan nanti. Selepas mengemaskan semua keperluan saya mengajak emak bersarapan di hotel. Pagi itu juadah yang dihidangkan termasuklah, nasi lemak, soto ayam, bihun goreng, telur setengah masak dan sosej. Saya makan nasi lemak dan soto (bayar hutang) kerana malam tadi kami berdua hanya sekadar makan maggi. Enak sungguh makanan yang dihidangkan. Selepas menikmati hidangan tersebut, kami keluar menghirup udara segar dan pergi ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa keperluan yang akan digunakan di hotel nanti. Sebenarnya saya juga sedang menanti kehadiran saudara Asrol dan emaknya yang bakal menemani saya ke Benut nanti. Dia sangat menepati masa orangnya dan seperti yang dijanjikan mereka tiba sekitar jam 9.20 pagi ketika saya ingin ke pasaraya Giant untuk membeli gula.

Kali terakhir kami bersua pada akhir Mei lalu apabila penyelidikan yang telah ditetapkan tidak menjadi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Seperti biasa saya dan emak bersalam dengan emaknaya dan kami berpelukan kerana agak lama juga tidak bertemu. Saya mengajak mereka ke bilik hotel sebelum meneruskan perjalan. Dia masih begitu dan tidak berubah kecuali rambutnya dipotong pendek dan kemas bagi menepati selera saya (ya ke???). Sampai dibilik saya menyediakan minuman bujang buat mereka dua beranak. Peremuan dua emak ini selalunya memang jarang senyap. Ada sahaja yang mereka bualkan sedangkan anak-anak sekadar mendengar perbualan mereka. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dan kami terus berangkat meninggalkan hotel menuju ke lokasi kajian.



Saya sampai di Pontian sekitar jam 11 pagi dan Encik Amin telah menunggu kedatangan kami. Setelah memperkenalkan diri saya memulakan temubual dengan beliau dengan menanyakan beberapa hal. Rupanya Encik Amin anak kepada Penghulu di kampung tersebut dan beliau mempunyai darah keturunan orang Asli laut dan campuran dengan Cina. Isteri beliau pula dari keturunan Melayu Indonesia berasal dari Tanjung Balai. Yang menariknya masyarakat di kampung tersebut kini telah berubah sama sekali. mana tidaknya mereka mampu memiliki rumah yang besar dan boleh dikatakan hampir 98 peratus penduduk di kawsan tersebut sudah mempunyai rumah batu yang moden. Sya begitu tertarik dengan kehidupan masyarakat mereka di situ. Encik Amin menyatakan tidak susah untuk mencari makanan. Sayur-sayuran seperti pucuk ubi, pucuk paku, pisang dan betik boleh didapati ditepi2 rumah. Jika ikan pula boleh didiapati di sungai yang tidak jauh daripada kediaman penduduk. Maknanya jika seseorang keluar ke laut dalam dua atau tiga jam, mereka boleh membawa balik ikan untuk lauk anak beranak.

Sepanjang perbualan, Encik Amin sentiasa menyatakan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat Asli Laut di sana dan mereka merupakan masyarakat asli termaju di malaysia dan mereka turut mempunyai perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan. Saya juga turut dibawa ke kawasan jeti yang digunakan untuk menambat bot dan mengumpulkan hasil tangkapan seperti ikan dan udang. Kebetulan ketika saya dibawa ke sana, ada nelayan baru menurunkan udang daripada botnya. Emak sempat bertanya harga sekilo udang RM8 sahaja. Jika rumah saya dekat, pasti kami telah memborong udang tersebut. Apakandaya rumah kami jauh. Emak Asrol teringin membeli udang tersebut namun akibat tida tempat untuk meletakkannya, hasrat tersebut tidak dapat ditunaikan.

Rabu, Ogos 05, 2009

Tour To Pontian 1 Ogos 2009

Pada 1 Ogos 2009, kira-kira jam 7.30 pagi saya berangkat keluar dari rumah menuju ke Pontian Johor. Sebelum itu pagi-pagi lagi saya telah membereskan kerja di rumah dan menyiapkan beberapa bekalan dalam perjalanan nanti. Saya membawa empat buah beg iaitu beg baju, beg peralatan penyelidikan, buku-buku untuk tesis dan laptop kesayangan saya. Untung baju yang siap digosok tidak tertinggal, jika tidak apa yang saya nak pakai semasa membuat penyelidikan nanti. Emak hanya membawa dua buah beg sahaja iaitu beg pakaian dan beg tangannya. Selesai memasukkan barang ke dalam Myvi saya bersalam dengan bapa mohon dipermudahkan perjalanan nanti. Perjalanan kali ini memang lancar dan bayangkan sepanjang perjalanan dari rumah kami berbual tanpa henti sehingga terlupa untuk berhenti rehat. Kebetulan cuaca agak mendung dan hujan di sepanjang perjalanan dari Bandar Seri Putera hingga ke hentian rehat Bemban. Kami berhenti seketika dan hujan memang sangat lebat di situ. Kebetulan di kawasan tersebut tidak ramai orang dan kami agak berhati-hati ketika itu. Selepas berehat kira-kira 10 minit dan makan sedikit kuih, kami meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan lebat. Emak sentiasa menegur saya jika membawa melebihi had laju. Saya juga perlu berhati-hati kerana banyak lori dan treler besar di lebuhraya.

Sedang leka berbual rupanya kami dah hampir tiba ke susur keluar tol Simpang Renggam Johor. Nasib baik kami tidak terlepas tadi. Alhamdulillah kali ini kami tenang, selesa dan aman dalam perjalanan tanpa sebarang gangguan. Selepas membayar tol yang harganya RM 37.30 sen, perjalanan di teruskan masuk ke Daerah Benut. Kali ini emak tidak perlu mengira jambatan dan lampu "traffic" lagi sebab kami dah ingat jalannya selepas ke sana akhir Mei lalu. Sekali lagi dek leka bercerita kami tiba di simpang empat yang ditandai Balai Polis Benut di simpang hadapan sebelah kanan. Saya terus belok ke kiri menuju ke Pontian. Kebetulan musim duku langsat, cempedak dan pulasan di sana. Saya mengambil kesempatan ini dengan membeli duku langsat dan pulasan di pinggir jalan. Bolehlah kami makan di hotel nanti. Kami tiba di hotel kira-kira jam 11.30 pagi dan terpaksa memarkir kereta di bahagian belakang hotel kerana tempat parkir kereta bahagian hadapan hotel sudah penuh.

Selesai "check-in" saya dan emak terus menuju ke bilik dan merehatkan badan. Nombor bilik kami 1110 dan sedihnya kami tidak dapat lihat laut kerana tingkap bilik berhadapan dengan dapur masak restoran cina. Punah harapanku... Selepas berkemas ala kadar saya terasa lapar dan kami makan bekalan yang dibawa dari rumah iaitu telur masin dan sambal kentang dengan ikan bilis. Sedap sungguh rasanya kerana di rumah tadi saya hanya menjaman sedikit nasi goreng dan minum nescafe sahaja. Selesai makan kami berehat dan terus melelapkan mata sehingga azan zohor berkumandang. Kami hanya menunaikan solat jamak dan seterusnya berehat sambil berbual tentang apa yang bakal saya lakukan esok. Syukur alhamdulillah kali ini perjalanan saya lancar dan saya tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam perjalanan ke sana.

Pada sebelah petang, saya berjalan ke pasaraya Giant dan dalam perjalanan ke sana kami sempat membeli tiga helai tudung yang harganya hanya RM5 sehelai. Alangkah murahnya, kata hati saya. Emak membeli sehelai tudung bewarna ungu yang harganya RM15 tetapi amat cantik jika dipadankan dengan jubah yang selalu emak kenakan. Malam itu kami hanya makan maggi sahaja kerana saya tidak berselera makan di warung mamak sebelah hotel. Ini kerana saya teringat satu artikel yang saya baca dalam majalah al-Islam yang menyatakan "jangan percaya restoran mamak". Adakalanya mereka menggunakan kalimah Allah dan Muhammad untuk mengaburi mata umat Islam. Malam itu saya tidur awal iaitu sekitar jam 9.45 malam. Sebelum tidur saya menyiapkan barang-barang yang akan dibawa esok. Tanpa saya sangka teman saya memberitahu yang emaknya bersetuju untuk datang dan menyertai kami keesokan harinya. Gembira sungguh hati saya sebab adalah emak kawan ketika ke sana nanti. Pertemuan esok berlangsung sekitar 10 pagi setelah saya membuat temujanji dengan responden di Benut.

Hotel Pontian




Hotel Pontian 3 Ogos 2009 - Pagi Yang Cerah





Terima Kasih Nurul Hidayah


Gadis inilah yang membantu saya semasa barang saya tertinggal di Hotel Pontian. Semasa itu, kali pertama saya ke sana. Kebetulan sebelum meneruskan perjalanan pulang emak tertinggal surat Yassin di dalam bilik kami dan didalamnya mengandungi wang berjumlah kira-kira RM670.00. Gadis ini yang mengepos dan "bank in" duit tersebut ke dalam akaun saya. Moga Allah beri kemudahan dan dimurahkan rezeki padanya.

Jumaat, Julai 31, 2009

Bersedia Beri Komitmen

WALAUPUN bertahun lamanya menjalinkan hubungan cinta, namun si dia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam perhubungan.

Bukan hendak mendesak supaya memutuskan hubungan tetapi menyuruhnya membuat persediaan awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Sekiranya anda berdepan dengan masalah sebegini, apakah cara terbaik untuk si dia memberikan komitmen?

Cintai diri sendiri


Sekiranya anda belum berasa selesa dengan keadaan diri sendiri, jangan mengharapkan orang lain mencintai anda seperti anda menyintai dirinya.

Manfaatkan waktu terluang dengan melakukan hobi yang digemari atau meneroka setiap aspek spiritual, supaya diri anda sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang positif.

Ekspresi cinta tanpa syarat

Sesekali apa salahnya anda memberikan kejutan kecil seperti menyediakan sajian kegemarannya atau menghadiahkan sesuatu yang lebih istimewa. Yang penting, dia mengetahui bahawa anda tidak keberatan atau susah-payah melakukan semuanya itu semata-mata untuk dirinya.

Tidak perlu bersandiwara

Menurut penulis buku Mars and Venus on a Date, John Gray, ciri-ciri yang perlu ada dalam hubungan cinta ialah kedua-dua belah pihak seharusnya mengetahui peranan masing-masing.

Ini bermakna, singkirkan sikap dan prasangka buruk yang boleh merosakkan perhubungan selama ini. Misalnya, suka membesar-besarkan masalah, merajuk tanpa sebab yang munasabah serta bersikap cemburu sekiranya ada wanita cuba berdampingan dengannya.

Berikan masa

Berbanding wanita, kaum Adam akan berfikir lebih jauh sebelum memutuskan untuk memberi komitmen kepada pasangannya.

Tidak dinafikan, memang ada lelaki yang memutuskan lebih awal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi itu sekadar impian dan bukannya realiti.

Bicara dengannya

Jika anda perlu berbicara dengannya, pertimbangkan dengan matang setiap pendekatan yang akan anda lakukan itu. Hindari sikap ungkit-mengungkit masalah berkaitan masa depan dengan ucapan yang serius atau bernada tinggi.

Sebaliknya, lebih menguntungkan apabila anda mampu menunjukkan sikap positif dan santai.

Tarik diri

Anda telah melakukan pelbagai pendekatan, namun si dia masih enggan memberi komitmen. Mungkin sudah tiba masanya anda memberikan ruang untuknya berfikir. Rencanakan perjalanan anda seorang diri selama beberapa hari. Sepanjang berjauhan dengannya, dia akan menyedari rasa kehilangan dan merasakan hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran anda.

Khamis, Julai 30, 2009

Perasaan... Mengerti, Dimengertikan dan Mengertilah

Salam kepada khalayak pembaca budiman. Terlalu sukar untuk memahami dan terlalu aneh hidup ini. Ada kalanya hati selalu berkata "inikah caranya, inikah jawapannya, inikah yang perlu saya lakukan untuk meneruskan perjalanan yang sangat berliku dan penuh duri ranjau yang berbiku". Apakah ini harga yang perlu saya bayar untuk mendapatkan "sesuatu" itu?? Saya sering tertanya-tanya, berfikir-fikir dan merenung-renung kembali, bagaimanakah cara yang harus dilakukan agar "sesuatu" yang satu itu dapat menjadi milik saya. Pada hemat saya yang cetek ilmu ini, sesuatu yang sukar untuk kita dapatkannya bermakna nilainya terlalu tinggi dan akan dihargai hingga bila-bila namun, saya terfikir mengapa "sesuatu" yang satu itu agak sukar untuk saya menggapainya ibarat saya dihanyutkan oleh aliran sungai yang deras dan saya cuba untuk menyelamatkan diri dan mencapai apa yang ada, namun yang mampu saya capai hanya dahan kayu yang kecil dan saya terus asyik dibawa arus deras yang belum ditemui kesudahannya. Ada kalanya saya umpama berada dalam mimpi yang bukan realiti, berada dalam diri yang bukan sendiri dan dalam jiwa yang tidak mengerti. Apakah yang harus saya lakukan supaya pengertian terhadap "sesuatu" itu dapat dimengertikan. Wahai hati, jiwa dan kalbu, cuba kalian renung kembali dan carilah jawapannya. Kini mengertilah benak yang satu, bukan mudah mendapatkan "sesuatu" yang satu itu kerana ia perlukan pengorbanan yang sangat bererti. Begitulah kehidupan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Rabu, Julai 29, 2009

WANTED!


Dua orang di dalam akhbar ini dikehendaki segera kerana dipercayai dapat membantu sebuah kes yang sedang berlaku.

Azimat, Tangkal dan Wafak














AZIMAT merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.

TANGKAL merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.Tangkal mengandungi jampi mentera atau sihir atau azimat (Amran Kasimin, 1995: 41). Ia berperanan sebagai pendinding dan melemahkan serangan hantu. Tangkal juga boleh mengambil banyak bentuk seperti balutan kain atau besi dan dipasang sama ada di leher, di lengan atau di pinggang atau boleh juga berbentuk satu balutan kain yang diikat pada rantai kain atau besi dan di pasang sama ada di leher, di lengan atau di pinggang atau boleh juga berbentuk batu balutan berisi coretan Jawi, disimpan, sama ada dalam saku atau pada satu tempat yang selamat. Sesuatu tangkal itu biasanya dijampi terlebih dahulu oleh seseorang yang dipercayai mempunyai ilmu mengenai alam ghaib. Dia akan membacakan doa atau menuliskan sesuatu pada benda yang dijadikan tangkal. Tangkal itu dianggap boleh menghindari gangguan dan bencana yang akan menimpa seseorang.  

WAFAK menurut Kamus Dewan (2000: 1541) edisi ketiga bermaksud waktu yang pasti (berlakunya sesuatu), setuju dengan, menurut. Abdul Razak Ab. Karim (2002: 1) pula menyebut ia sebagai wifiq iaitu sandi Arab (simbol) yang berupa angka, huruf dan kalam Arab (biasanya ayat-ayat al-Quran) yang digunakan untuk tujuan tertentu. Azimat umumnya dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran