Rabu, Ogos 26, 2009

Tour To Benut 2 Ogos 2009


Seawal 6.00 pagi saya telah terjaga dari tidur kerana hari ini saya akan ke Benut untuk bertemu dengan Encik Amin anak Penghulu di Kampung Parit Lapis Sayang. Saya telah membuat temujanji dengan beliau sekitar jam 11 pagi. Selepas mandi dan bersolat subuh, saya meneliti semula bahan-bahan yang bakal dibawa seperti kamera, video kamera, perakam suara, buku nota, alat tulis dan soalan-soalan yang akan ditanyakan nanti. Selepas mengemaskan semua keperluan saya mengajak emak bersarapan di hotel. Pagi itu juadah yang dihidangkan termasuklah, nasi lemak, soto ayam, bihun goreng, telur setengah masak dan sosej. Saya makan nasi lemak dan soto (bayar hutang) kerana malam tadi kami berdua hanya sekadar makan maggi. Enak sungguh makanan yang dihidangkan. Selepas menikmati hidangan tersebut, kami keluar menghirup udara segar dan pergi ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa keperluan yang akan digunakan di hotel nanti. Sebenarnya saya juga sedang menanti kehadiran saudara Asrol dan emaknya yang bakal menemani saya ke Benut nanti. Dia sangat menepati masa orangnya dan seperti yang dijanjikan mereka tiba sekitar jam 9.20 pagi ketika saya ingin ke pasaraya Giant untuk membeli gula.

Kali terakhir kami bersua pada akhir Mei lalu apabila penyelidikan yang telah ditetapkan tidak menjadi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Seperti biasa saya dan emak bersalam dengan emaknaya dan kami berpelukan kerana agak lama juga tidak bertemu. Saya mengajak mereka ke bilik hotel sebelum meneruskan perjalan. Dia masih begitu dan tidak berubah kecuali rambutnya dipotong pendek dan kemas bagi menepati selera saya (ya ke???). Sampai dibilik saya menyediakan minuman bujang buat mereka dua beranak. Peremuan dua emak ini selalunya memang jarang senyap. Ada sahaja yang mereka bualkan sedangkan anak-anak sekadar mendengar perbualan mereka. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dan kami terus berangkat meninggalkan hotel menuju ke lokasi kajian.



Saya sampai di Pontian sekitar jam 11 pagi dan Encik Amin telah menunggu kedatangan kami. Setelah memperkenalkan diri saya memulakan temubual dengan beliau dengan menanyakan beberapa hal. Rupanya Encik Amin anak kepada Penghulu di kampung tersebut dan beliau mempunyai darah keturunan orang Asli laut dan campuran dengan Cina. Isteri beliau pula dari keturunan Melayu Indonesia berasal dari Tanjung Balai. Yang menariknya masyarakat di kampung tersebut kini telah berubah sama sekali. mana tidaknya mereka mampu memiliki rumah yang besar dan boleh dikatakan hampir 98 peratus penduduk di kawsan tersebut sudah mempunyai rumah batu yang moden. Sya begitu tertarik dengan kehidupan masyarakat mereka di situ. Encik Amin menyatakan tidak susah untuk mencari makanan. Sayur-sayuran seperti pucuk ubi, pucuk paku, pisang dan betik boleh didapati ditepi2 rumah. Jika ikan pula boleh didiapati di sungai yang tidak jauh daripada kediaman penduduk. Maknanya jika seseorang keluar ke laut dalam dua atau tiga jam, mereka boleh membawa balik ikan untuk lauk anak beranak.

Sepanjang perbualan, Encik Amin sentiasa menyatakan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat Asli Laut di sana dan mereka merupakan masyarakat asli termaju di malaysia dan mereka turut mempunyai perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan. Saya juga turut dibawa ke kawasan jeti yang digunakan untuk menambat bot dan mengumpulkan hasil tangkapan seperti ikan dan udang. Kebetulan ketika saya dibawa ke sana, ada nelayan baru menurunkan udang daripada botnya. Emak sempat bertanya harga sekilo udang RM8 sahaja. Jika rumah saya dekat, pasti kami telah memborong udang tersebut. Apakandaya rumah kami jauh. Emak Asrol teringin membeli udang tersebut namun akibat tida tempat untuk meletakkannya, hasrat tersebut tidak dapat ditunaikan.

Tiada ulasan: