Rabu, Mac 18, 2009

Ayam Beriani



BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (potong lapan)
5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 cawan minyak sapi
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu cair
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis goreng
6 tangkai cili hijau (patah dua)

BAHAN TUMIS:

1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
5 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng setengah masak.
Ketepikan.
2.Panaskan minyak sapi, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan
kuning.
3.Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato puri dan daun
ketumbar.
4.Tumis hingga pecah minyak. (LANGKAH A) Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu cair.
5.Bubuhkan garam, cili hijau dan gula. Biarkan mendidih lagi .
6.Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul
kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu cair.
Rasa beriani SAJI mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato
puri dan sos cili.
7.Jika anda ingin menggantikan ayam dengan da­ging, daging yang dicuci bersih dan
masukkan langkah A. Daging hendaklah dipotong tebal (4 cm x 6 cm )dan beli
daging yang mudah empuk seperti bahagian topside.
8.Jika anda ingin menggunakan tairu boleh juga. Tairu janganlah banyak, cukup
setengah cawan saja. Tapi anda kena kurangkan tomato puri sebanyak tiga sudu
dan sos cili satu sudu. Tairu bolehlah dicampur sekali sewaktu menuangkan susu
cair.

Tiada ulasan: