Sabtu, Julai 25, 2009
Kerja Lapangan Ke Perkampungan Asli Mah Meri Pulau Carey Banting
Salam kepada semua pembaca budiman. Bersama-sama ini saya sertakan rakaman gambar yang diambil ketika saya bersama pelajar membuat tinjauan ke perkampungan asli Mah Meri di Pulau Carey Banting. Pelajar saya saudari Azlin Aziz membuat kajian berkenaan anyaman bagi kaum tersebut dan kajiannya telah selesai dan siap dijilid pada Jun 2009. Masyarakat di sini sagnat peramah dan mesra kepada tetamu yang datang. Kami dilayan dengan baik dan mereka memberikan kerjasama yang tidak dijangkankan. Gambar-gambar ini diambil semasa majlis perkahwinan yang bakal di adakan di kawasan tersebut. Majlis tersebut memerlukan penduduknya menganyam daun nipah untuk dijadikan deko semasa majlis berjalan keesokkan harinya. Suatu hal yang menarik untuk diperhatikan ialah ramai antara penganyam ini gemar akan warna merah. Berkemungkinan warna tersebut simbol keceriaan dan keberanian disamping dapat menarik perhatin orang yang datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan