Khamis, April 30, 2009

Kamus Bahasa Jawa

Kamus Dialek Banyumas-Indonesia, Disusun oleh M Koderi & Fadjar P. dan diterbitkan oleh Badan Kesenian Banyumas dicetak pada tahun 1996, Pencetak cv. Harta Prima Purwokerto. Kamus ini merupakan satu-satunya kamus dialek Banyumasan yang menterjemahkan kosa-kata khusus yang banyak dan menjadi ciri khas dialek banyumasan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Penyunting kamus ini ialah saudara Ahmad Tohari, budayawan dan penulis aktif berasal dari Banyumas yang sudah tidak asing lagi kiprahnya dalam dunia kesusasteraan Nasional. Selain itu, Sekapur Sirih oleh sesepuh Masyarakat Banyumas Alm. Soesilo Soedarman menjadikan kamus ini sangat layak anda miliki, terutama bagi masyarakat banyumas dan mereka yang mencintai budaya Banyumas.



Kamus Dialek Tegal - Indonesia, Kamus ini berisi kata dan ungkapan khusus yang banyak digunakan dalam dialek Tegal, terutama dalam bahasa Jawa ngoko. Disusun oleh Drs. Suparno EP, diterbitkan oleh CV. HARTA PRIMA Purwokerto, tahun terbit 1997, 232 halaman. Dialek Tegal ini banyak digunakan di Wilayah Kodya dan Kab. Tegal, Kab Brebes, dan sebahagian Pemalang. Subdialek ini masih mirip dengan Dialek Banyumasan tetapi hanya sedikit berbeza lagu pada sebahagian pengucapan kata-katanya, namun ia memiliki kosa kata khusus yang tidak dimiliki oleh dialek Banyumasan.



Kamus Lengkap Bahasa Jawa, Kamus ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu terjemahan dari bahasa Jawa ke Jawa, bahasa Jawa ke Indonesia dan bahasa Indonesia ke Jawa. Disusun oleh Mangunsuwito, SA diterbitkan oleh CV. Yrama Widya Bandung, 2000. Dilengkapi dengan ejaan Bahasa Jawa yang disempurnakan (1991) dan tebalnya 772 halaman.



Javanese English Dictionary, Kamus ini disusun oleh Stuart Robinson dan Singgih Wibisono. Diterbitkan oleh Periplus Editions. April 2002. Tebalnya 816 halaman.

Isnin, April 27, 2009

Hidup Poyang Terakhir

Oleh AMREE AHMAD dan SHANIKA ABDULLATIB

Kehebatan bomoh Orang Asli diakui doktor moden.



TOK ULANG cuma mahu dipanggil 'doktor kampung'.

SEBUT sahaja nama Jalan Gombak Lama, mungkin kebanyakan kita segera mengaitkan laluan itu dengan Muzium Orang Asli. Juga jalan itu menempatkan ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan pelbagai agensi di bawahnya.

Namun, laluan tersebut yang suatu ketika dahulu menjadi penghubung utama antara negeri Selangor dan Pahang turut terkenal dengan kewujudan perkampungan Orang Asli suku Temuan.

Uniknya, kawasan tempat tinggal mereka itu biarpun agak tersorok di sebalik rimbunan aneka pokok hutan tetapi mudah dicari. Ini kerana ia terletak bersebelahan dengan sebuah pusat penyelidikan biologi kendalian Universiti Malaya (UM).

“Kawasan ini masih baru diteroka. Generasi awal kami menduduki tempat ini hanya untuk membina Jalan Gombak-Bentong lebih separuh abad lalu,” jelas Mohamad Ulang, 60, membuka bicara.

Penampilan Tok Batin ini cukup sederhana. Rumah kampungnya yang dibina di hujung jalan mati di Batu 16, Hulu Gombak tidak menggambarkan jawatannya.

Bagaimanapun, beliau yang selesa membahasakan diri sebagai Tok Ulang boleh dianggap sebagai ensiklopedia hidup. Ramai penyelidik universiti datang menemuinya untuk mendokumentasi sejarah suku Orang Asli yang penuh misteri itu.

Tok Ulang malah menjadi sumber rujukan pakar asing untuk mendalami mistik dunia perubatan komuniti pribumi itu yang dikenali sebagai poyang. Poyang menyamai fungsi bomoh, pawang atau dukun dalam masyarakat Melayu tradisional.

“Secara jujur saya tidak mahu dipanggil poyang. Poyang sebenar hanya ada dalam generasi lama Orang Asli. Poyang yang pernah saya jumpa pun sudah lama tiada. Panggil saja saya ‘doktor kampung’,” tambah beliau merendah diri.

Pada umumnya poyang dianggap ketua untuk beberapa orang bomoh bertaraf amatur di bawahnya. Mereka terkenal cukup lasak sehingga sebahagian besar mereka diambil menyertai pasukan Senoi Praaq ketika zaman sebelum Merdeka.

Kehebatan unit separa tentera di bawah pasukan polis hutan itu diakui pihak penjajah sebagai sangat cekap memburu pengganas Komunis. Bayangkan mereka mampu menghidu kehadiran musuh dari jarak jauh manakala kesetiaan mereka tidak diragui.

“Mungkin sebab itu moyang saya diminta membina jalan raya dari Gombak ke Bentong yang penuh dengan jerangkap samar yang ditabur Komunis. Waktu itu Pahang dan Selangor cuma dihubungkan melalui Sungai Sempah yang bersambung dengan Sungai Gombak,” imbau beliau.

Tok Ulang bahkan masih teringat peristiwa datuknya berakit sehingga ke Bukit Nanas di Kuala Lumpur untuk membawa alat pembinaan. Di situ terdapat sebuah jeti kecil dekat Menara Berkembar Petronas hari ini sebagai pusat jualan barang basah dan bijih timah.

‘Saya baca sedikit ayat al-Quran’

Namun semasa kemuncak darurat, mereka ditempatkan di Bukit Legong, Kepong yang kini menjadi tapak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Di sana Tok Ulang belajar dunia perubatan Orang Asli terus daripada datuknya.

Hakikatnya, ujar Tok Ulang, masyarakat Orang Asli merawat penyakit dengan bergantung sepenuhnya kepada hutan. Ubat mereka ialah akar dan daun kayu yang direbus sebelum diminum atau disapu di badan. Proses sampingan ialah membaca mantera.

“Itu dulu tapi sekarang saya baca sedikit ayat al-Quran dan berdoa kepada Allah agar pesakit diberi peluang hidup lama. Jika kanak-kanak, saya mohon Tuhan memberi belas ihsan supaya budak itu dijauhi daripada angkara iblis syaitan,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Tok Ulang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Bagi Orang Asli, mereka banyak pantang larang ketika memasuki hutan dan percaya tentang gangguan makhluk halus di tempat tertentu seperti air terjun dan pokok besar.

Jika punca penyakit didapati dari kawasan tertentu, bomoh akan pergi semula ke situ dan meminta semangat di tempat tersebut dipulangkan kepada pesakit. Lazimnya kemenyan diasap kerana ia dipercayai mengandungi makanan roh untuk makhluk halus.

“Itu untuk kes yang serius tetapi bagi yang biasa, saya cuma guna akar kayu. Misalnya saya sendiri pernah cedera di kaki dan hampir lumpuh. Ubatnya ialah rebusan akar pokok teja dan ia memang mujarab untuk menghilangkan bisa dalam badan,” jelas Tok Ulang.

Tidak hairanlah beliau pernah berkhidmat dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur selama lapan tahun pada 1970-an. Beliau juga dihantar ke Sarawak untuk mengenal pasti tumbuhan hutan yang sesuai dijadikan ubat herba.



UPACARA sewang digunakan bomoh Orang Asli untuk berhubung dengan makhluk halus.

Biarpun enggan mengakui diri sebagai poyang, kehebatannya pernah menyebabkan ramai doktor moden datang berubat pelbagai penyakit misteri. Hasilnya tidak kurang yang menghantar ‘buah tangan’ sebagai tanda terima kasih ke rumahnya.

Antara pengalaman paling tidak dapat dilupakan Tok Ulang ialah mencari pokok buluh perindu yang terkenal dijadikan sebagai ubat pengasih atau tangkal. Daun dan batang kecilnya perlu disimpan cermat di dalam bekas serta tidak boleh menyentuh tanah.

“Jumpa pun nasib tetapi apabila sudah dapat, bayangkan lipan, burung, harimau, lebah dan lain-lain ikut saya pulang. Haruman baunya menyebabkan haiwan liar ‘berkampung’ di luar rumah saya selama beberapa hari,” katanya ketawa.

Bercerita mengenai masa depan, Tok Ulang hanya mampu tersenyum. Beliau berharap ilmunya itu diwarisi generasi muda. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, beliau tidak jemu berkongsi rahsia alam dengan mereka yang masih berminat.

EKSTRA

1. Sebilangan besar masyarakat orang asli masih mempercayai tentang semangat dan penunggu yang dikatakan menjadi tempat mereka meminta pertolongan.
2. Poyang merupakan orang perantaraan yang akan berhubung dengan kuasa halus dan disampaikan melalui upacara adat sama ada berjampi atau mengadakan jamuan.
3. Upcara itu hanya dilakukan pada hari tertentu seperti hari Genggulang bagi suku kaum Semai, Sewang (suku kaum Semai dan Temiar) serta Bejerom (suku kaum Jah Hut).
4. Pengeras dikenakan sebagai upah bagi mencari tumbuhan tertentu di dalam hutan yang sukar ditemui. lazimnya kadar ditetapkan sekitar RM300 namun ia boleh dirunding.
5. pokok paling susah dicari ialah buluh perindu yang digunakan sebagai pelaris. ia cuma tumbuh di kawasan bebatu di atas bukit dan bau wanginya dikesan melalui arah tiupan angin.

Jumaat, April 24, 2009

Kaji Hukuman Lebih Berat

PUTRAJAYA - Tanggapan umum bahawa pesalah kes syariah biasanya boleh terlepas daripada hukuman berat seperti penjara serta sebat dan hanya dikenakan denda mungkin berubah tidak lama lagi.

Ini kerana Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984) bagi mengenakan hukuman yang lebih berat.

Langkah itu dianggap oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) sebagai bukan sahaja meningkatkan kredibiliti mahkamah tetapi juga membendung kes jenayah syariah.

Katanya, akta itu diteliti kerana ia membataskan hukuman yang boleh dikenakan iaitu sebatan tidak melebihi enam kali, denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun.

"Kita akan tunggu cadangan-cadangan daripada jawatankuasa ini untuk tindakan seterusnya,'' kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Menurutnya, walaupun akta itu ada peruntukan hukuman sebat, hakikatnya ia jarang dilaksanakan.

Baju Kebaya Identiti Senaman

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

Baju kebaya yang dipakai oleh kami agak longgar dan dibuat daripada kain kapas untuk menyenangkan pergerakan ketika melakukan senaman. Kami juga tidak memakai kain ketat, sebaliknya mengenakan seluar serta kasut sukan.



SEBUT pasal bersenam, pasti ramai yang akan mengeluh khususnya golongan wanita yang malas melakukannya walaupun menyedari ia baik untuk kesihatan. Justeru, pelbagai alasan diberikan semata-mata untuk mengelak daripada melakukan aktiviti tersebut.

Antara alasan yang sering terkeluar dari bibir mereka adalah tiada masa, sangat memenatkan, tiada rakan bersenam, pakaian tidak sesuai, malu dan bermacam-macam lagi walaupun hati mereka meronta-ronta mengidamkan potongan badan ala-ala model seperti dalam majalah fesyen.

Bagaimanapun, keunikan yang ditonjolkan oleh satu kumpulan dari Singapura, Kelab Jalan Pantas Wanita Simei (Simei Briskwalking Club), membuktikan senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang mampu menarik golongan wanita untuk mengamalkannya.

Gaya bersenam yang ditonjolkan oleh kumpulan ini begitu unik dan dipercayai tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu atau kelab di negara ini. Dengan mengenakan pakaian kebaya, sekumpulan wanita cergas melakukan senaman yang dinamakan Kebayarobik.



KEBAYAROBIK mengetengahkan pergerakan aerobik biasa dengan gabungan tarian Jaipong dari Indonesia.

Sukar mempercayai bahawa sembilan wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun yang mengenakan baju kebaya ini bagaikan gadis remaja yang lincah menari di pentas. Namun, mereka bukanlah menari, sebaliknya melakukan senaman Kebayarobik dengan lenggok tubuh bersahaja serta pergerakan yang penuh bertenaga.

Pelopor senaman Kebayarobik, Kartini Abdul Rahman, 50, berkata, idea memperkenalkan Kebayarobik tercetus empat tahun lalu apabila beliau dan ahli Kelab Jalan Pantas Wanita Simei merasakan ia sesuatu yang perlu dilakukan untuk mengubah aktiviti senaman yang biasa diamalkan mereka sebelum ini termasuk berjalan pantas.

"Kelab Jalan Pantas Wanita Simei wujud sejak 17 tahun lalu dan kami sering melakukan senaman dengan cara berjalan pantas terutama pada waktu pagi dan semasa hendak pergi ke pasar agar kesihatan badan sentiasa terjaga.

"Walaupun aktiviti berjalan pantas sudah lama dipraktikkan tetapi kami merasakan kumpulan ini perlu mengembangkan lagi aktiviti kesihatan untuk menarik minat orang ramai khususnya wanita Melayu yang agak malas melibatkan diri dalam senaman," katanya.

Beliau ditemui wartawan Kosmo! selepas mengadakan persembahan senaman Kebayarobik sempena ulang tahun Institut Kanser Nilai yang ke-10 di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kartini menambah, rakan-rakannya yang sentiasa merungut tidak selesa berpakaian sukan ketika bersenam turut menjadi antara sebab utama Kebayarobik diperkenalkan kepada umum.

Katanya, beliau ingin melihat lebih banyak individu melakukan senaman khususnya wanita Melayu, tidak kira sama ada mereka mengenakan pakaian sukan atau apa sahaja, asalkan mereka dapat bersenam dengan selesa.

"Pada mulanya, tidak ramai ingin mengikuti Kebayarobik ini. Malah ada yang memandang sinis keupayaan kumpulan kami. Tetapi lama-kelamaan, ia semakin diminati kerana ia bagus untuk pengaliran darah serta mampu menambah stamina.

"Malah, ia kini menjadi alternatif terbaru khususnya golongan wanita Melayu untuk mencuba sesuatu yang baru dalam aktiviti senaman," katanya.

Mengulas mengenai kelainan Kebayarobik dengan aerobik yang terdapat pada masa kini, Kartini memberitahu, Kebayarobik mengetengahkan pergerakan aerobik biasa dengan gabungan tarian Jaipong dari Indonesia.

"Muzik juga memainkan peranan penting kerana kami mengetengahkan irama tarian Jaipong dengan kombinasi gubahan muzik moden untuk melancarkan lagi pergerakan apabila melakukan senaman ini," ujarnya.

Menurutnya, mereka yang baru menyertai Kebayarobik perlu mengikuti beberapa langkah terlebih dahulu tetapi jangan khuatir kerana ramai yang berjaya selepas mengikuti beberapa kelas sahaja," katanya sambil memberitahu Kebayarobik tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah jantung.

Kata beliau lagi, Kebayarobik tidak hanya terbatas kepada golongan wanita sahaja. Ini kerana lelaki, remaja dan juga kanak-kanak juga boleh mengikuti senaman itu.

"Ramai juga yang bertanya adakah perlu memakai kebaya untuk melakukan senaman Kebayarobik. Tentu sekali tidak. Mereka boleh mengenakan pakaian sukan jika ia memberi keselesaan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata, baju kebaya yang dipakai oleh mereka agak longgar dan dibuat daripada kain kapas untuk menyenangkan pergerakan ketika melakukan senaman.

"Kami tidak memakai kain ketat, sebaliknya mengenakan seluar serta kasut sukan," katanya sambil tersenyum.

Kartini turut menyuarakan rancangan masa depannya untuk mengembangkan Kebayarobik di negara ini.

"Saya mahu memastikan impian melihat lebih ramai wanita Melayu terlibat dalam Kebayarobik tercapai," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap ada pihak yang sudi bekerjasama dengannya dalam membuat francais Kebayarobik di negara ini agar senaman itu menjadi salah satu aktiviti harian dalam menjalani kehidupan yang sihat.

Dalam pada itu, Siti Raziah S. Ahmad, 37, berkata, beliau melakukan Kebayarobik sebanyak tiga kali dalam seminggu sejak empat tahun lalu.

"Saya dapat merasakan perubahan pada diri saya apabila mengikuti senaman Kebayarobik termasuk susut berat badan dan stamina semakin meningkat pada setiap hari.

"Jadi, saya mengesyorkan orang ramai agar mencubanya terlebih dahulu kerana ia tidak sukar dan mampu membuat diri berasa sihat," katanya.

Sementara itu, Halizah Harun, 48, berkata, senaman Kebayarobik tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan iaitu hanya 10 hingga 20 minit sahaja bagi satu sesi.

"Ia bagus kerana melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Ini bermakna pengaliran darah bertambah lancar ketika melakukannya sekali gus menolong menyihatkan jantung," katanya.

Katanya, beliau turut membuka kelas Kebayarobik di balai raya, surau dan taman-taman perumahan.

Beliau berharap, Kebayarobik mampu menjadi aktiviti senaman pilihan wanita Melayu yang bertudung dan malu berpakaian sukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kebayarobik, layari laman web http://www.thekebayarobics.com.

Khamis, April 23, 2009

Pelita Hidup - Hijjaz




Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

7 Soalan Emas

Fikirkan. Keadaan kita pada hari ini adalah hasil daripada keputusan kita di masa lalu.

Jika anda seorang jurutera, sudah tentu anda pernah membuat keputusan untuk belajar dan menjawab peperiksaan dengan cemerlang sewaktu di universiti dulu.

Jika anda hidup senang lenang sekarang, sudah tentu anda pernah membuat keputusan yang menjadikan anda boleh hidup senang sekarang. Keputusan akan membentuk tindakan. Tindakan anda yang menentukan nasib dan keadaan anda sekarang dan masa hadapan.

Begitu juga dengan aspek kebahagiaan anda. Anda bahagia sekarang bersama teman hidup anda kerana anda telah membuat keputusan yang betul. Anda memilih dengan tepat pasangan anda berdasarkan kriteria dan prinsip hidup anda. Sebaliknya, jika anda membuat keputusan yang salah, maka anda mungkin berada di dalam kekesalan pada waktu ini.

Namun, kita masih berupaya untuk mengubah hala tuju kita dengan ilmu dan cara yang betul.

Jika anda sekarang berada di dalam fasa memilih pasangan baru ( 2nd time, 4th time, tak kisah :), maka teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul tanpa menyesali di kemudian hari.

Tanya Diri Anda 7 Soalan Emas Ini

Sebelum anda membuat keputusan drastik, jawab soalan berikut untuk mengetahui adakah si dia betul-betul JODOH anda.

1. Bolehkah aku hidup dengan dia sepanjang hidupku? Bagaimana gaya hidupnya sekarang? Bolehkah aku membawanya sekali untuk keramaian keluarga aku? Macam mana pula dengan jenis rakan pergaulannya, bolehkah aku turut serta bercampur dengan mereka? Adakah keluarga aku akan melihat dia sebagai pilihan hatiku yang sebenar (perfect man)?

2. Bolehkah dia membuat hidupku lebih senang? Kita memilih pasangan untuk berkongsi dan mencapi matlamat bersama, bukan untuk menjadi seorang ‘pegawai bank’, emak dan pembantu kepada matlamat dirinya yang bertentangan dengan prinsip hidup anda.

3. Adakah dia mempunyai masa depan? Saya bukan suruh anda pilih yang kaya sahaja, tapi sekurang-kurangnya ada POTENSI untuk menjadikan hubungan anda ‘hidup’. Jika dia sekarang masih tinggal bersama ibu-bapanya dan tidak bercadang mencari kerja, kemungkinan besar dia akan meneruskan perbuatannya dengan anda di dalam hubungan anda kelak.

4. Adakah dia mempunyai ‘isu’ yang menghalang dirinya dari memberi 100% kepada aku? Pernahkah dia terluka oleh bekas pasangannya dan sekarang dia membenci wanita? Pernahkah dia mengalami penderaan seksual sebelum ini yang membuatkannya trauma terhadap perkara tertentu? Lihat, hubungan anda seharusnya MUDAH. Semakin pasangan anda bersedia memberi dan menerima anda sepenuh hati, semakin bahagialah hidup anda.

5. Adakah dia membuat aku tertarik secara intelektual? Kadangkala, kita TIDAK berasa selesa bila berkongsi dengan pasangan kita yang kita pandang rendah. Kita hendakkan pasangan yang boleh ‘masuk’ dan turut serta di dalam perkara yang kita suka seperti perbualan tentang perkara kegemaran anda.

6. Adakah dia memahami keperluan emosi aku? Sesetengah insan, kebiasaanya lelaki agak sukar untuk memahami keperluan emosi sesorang dan dalam masa yang sama berasa terasing dengan emosi dirinya sendiri. Jika anda tahan dengan insan sebegini tidak apa. Sebaliknya, jika anda memerlukan sesorang yang memahami anda, kriteria ini amat penting di dalam keputusan anda.

7. Adakah aku tertarik secara seksual dengan dia? Sedarlah, hubungan yang kukuh didirikan oleh beberapa tiang dan salah satunya adalah hubungan keintiman. Segala memori dan kenangan indah boleh dimusnahkan oleh pemberontakkan keperluan batin anda. Ingat, ia juga satu keperluan semula jadi anda.

Anda Dah Dapatkan Dia, Sekarang Apa?

Satu persoalan yang sering diterjemahkan menjadi masalah adalah bagaimana kita boleh mengekalkan kebahgiaan kita bersama pasangan kita. Jawapannya adalah … jadi lebih menarik!

Buat pasangan anda terus tertarik dengan anda.

Anda harus ingat, mustahil pasangan anda akan tinggalkan anda jika anda tidak buat satu kesalahan penting ini.

Putus Cinta

TERFIKIR untuk menamatkan hubungan yang sudah 'tidak bermakna' gara-gara si dia tidak pernah memberi kata putus perhubungan yang sudah sekian lama terjalin?

Bukan tidak sayang atau cinta yang pernah membara, namun ia bagaikan bersulam dengan perasaan benci dengan keangkuhan dan kedangkalan.

Mengucapkan perasaan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga sukar untuk melupakan dirinya yang sudah sekian lama dikenali ragam dan cemburunya.

Berpegang kepada kata-kata mungkin dia bukan jodoh terbaik, anda memikirkan untuk menamatkan saja riwayat cinta itu lalu satu keputusan nekad diambil.

Sama ada keputusan untuk berpisah itu wajar atau sebaliknya, petua berikut mungkin boleh membantu jika anda sedang berkira-kira tujuan anda mesti memutuskan cinta:

Adakah sebab tetap atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan, pendidikan dan kerjaya.

Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.

Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan mengenai cinta anda itu. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa yang berlaku.

Anda akan mengecewakan diri anda dan orang lain jika anda gagal berpegang dengan keputusan cinta anda.

Fikirkan strategi untuk menamatkan riwayat cinta. Anda boleh membuat cinta si dia terhadap anda pudar dengan menonjolkan kekurangan diri dan perkara yang tidak digemarinya.

Kebiasaannya apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan kata putus.

Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila tiada cara lain, berterus teranglah. Putus cinta cara ini tinggi risikonya.

Anda tidak boleh fikirkan diri anda saja tetapi perasaan cintanya perlu juga difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi si dia paling baik untuk mendengar kata putus cinta anda.

Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh menyebabkan putus nafas. Si dia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri, begitu juga anda. Elakkan risiko putus cinta begini.

Selepas putus cinta secara rasmi atau tidak rasmi, jangan jadikan sesiapa terutama kekasih lama anda musuh. Jadikan si dia sebagai sahabat setia pula. Musuh walaupun satu amat bahaya. Tetapi sahabat setia walau tiada cinta, tidak akan membiarkan anda menderita.

Sekiranya dicintai seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan jangan melukakan.

Bagaimana anda mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan tiba-tiba, cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakan cinta itu pergi.

Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

Jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.

Nikmatinya, sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperoleh.

Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada cinta.

Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari seorang lagi.

Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.

Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.

Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering disebut cinta pandang pertama.

Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.

Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.

Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja.

Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.

Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.

Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta.

Untuk mereka yang pernah putus cinta, anggaplah peristiwa itu sebagai peristiwa biasa. Bercintalah lagi dan lagi, teruskan mencari sehingga menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun - mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan secara pakej.

Selasa, April 21, 2009

New Dictionary of the History of Ideas



New Dictionary of the History of Ideas

Published by Charles Scribner's Sons
What are the origins of the concepts under which we organize societies, create institutions and think about our lives? Where did the concept of God or equal rights or democracy come from? How does one idea influence another? Such questions fuel debates, speeches, papers and assignments in history classes, school speaking competitions, ethics classes and more.

The publication of the New Dictionary of the History of Ideas marks the return of a reference work that is an essential tool to make the often complex history of "what we think" accessible to students and general readers. The original 1974 Dictionary of the History of Ideas has long been admired as a landmark document encapsulating the thinking of an era. This thoroughly re-envisioned New Dictionary of the History of Ideas brings fresh intelligence and a global perspective to bear on timeless questions about the individual and society. A distinguished team of international scholars explore new thinking in areas previously covered (communism, linguistics, physics) and present cross-cultural perspectives on more recent topics such as postmodernism, deconstruction and post-colonialism.

Review:
"Selected as a 2005 RUSA outstanding reference source, the new edition of this long-standing favorite aids our understanding of the ideas that make up Western culture. Expanding on the original Dictionary of the History of Ideas (1974), edited by Philip Wiener, the New Dictionary has a broader scope introducing global- and gender-neutral perspectives not present in its Eurocentric predecessor. Academic excellence and scholarship don't keep this six-volume set from interesting the lay reader. The 700 accessible articles present new material, with original entries on feminism and antifeminism, queer theory, and nongender topics like diversity, social capital, and third cinema. Standard subjects, like beauty and love, are treated at length in the earlier set and simply updated in the new version to include late 20th-century ideas and non-Western thought. Each entry explores origin, cultural interpretations, and historical themes. The alphabetical arrangement is not an impediment to cross-disciplinary study, since a reader's guide and full index present material in a topical framework. Bottom Line This delightful foray into humankind's ideas, from abolitionism to Zionism, is a bargain highly recommended as an essential purchase for academic libraries. Public libraries of all sizes would also greatly benefit from its one-stop-shopping approach to the philosophy of ideas."
--Library Journal, April 2005

Published/Released: December 2004
ISBN 13: 9780684313771
ISBN 10: 0684313774
DDC: 903
Product number: 188152
Page count: 3,600
Number of vols. in set: 6
Shipping Weight: 24.05 lbs (10.91 kgs)
Price: US $879.00

Bercinta - Faizal Tahir



Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu?..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci?. kamu?
aku cinta?.kamu?

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu?..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci
padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci

Lubang Gergasi Bumi


RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas, Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara.


LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.


PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.


TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.



IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.
(KOSMO 21 April 2009)

Penemuan Kesihatan

TAHUKAH anda mengenai kebaikan avortemin, penemuan terbaru dalam bidang imbasan ultra bunyi? Bagaimana pula dengan risiko oral seks serta bahaya tempiasan alkohol? Ikuti ruangan Penemuan pada minggu ini untuk jawapannya.

Avortemin hilangkan parut

PENYELIDIKAN dibuat terhadap sejenis ubatan khas untuk menghilangkan kesan parut yang kini terbukti berkesan, menurut penyelidik di United Kingdom.

Ubat tersebut, Avotermin, akan disuntik ke bahagian parut yang akan bertindak mengurangkan kesannya tanpa meninggalkan tanda merah dan kesan jelas.

EKSTRA: Kekurangan pengambilan vitamin A dan C mampu mengundang risiko asma menurut satu kajian yang dijalankan selama 30 tahun. Menurut penyelidik dari Universiti Nottingham, terdapat peningkatan sebanyak 12 peratus berlakunya risiko asma ke atas mereka yang kekurangan dua jenis vitamin tersebut.

Imbas strok kanak-kanak

SATU pengimbas ultra bunyi yang membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit berkaitan darah, sickle, juga didapati mampu mengesan kehadiran strok.

Menurut Dr. Heather J. Fullerton dari Universiti California, semenjak mesin pengimbas ultrabunyi Transcranial Doppler (TCD) itu digunakan, kejayaan mengurangkan kejadian strok pada kanak-kanak mencapai hampir 80 peratus.

EKSTRA: Satu kajian di Perancis yang dikeluarkan dalam jurnal perubatan Lancet Neurology mendapati penggunaan acetaminophen pada suhu tubuh normal mampu mengurangkan risiko serangan strok pada peringkat pertama.

Ubat tersebut turut digunakan bersama Crestor, Lipitor dan Zocor dalam mengurangkan kandungan statin kolesterol.

Seks oral punca kanser tekak



PARA penyelidik memberi amaran bahawa sejenis virus dapat menyebabkan kanser tekak bagi mereka yang gemar melakukan seks oral. Menurut jurnal perubatan New England, risiko virus ini merebak adalah sembilan kali lebih tinggi bagi mereka yang melakukan seks oral dengan enam pasangan atau lebih.

EKSTRA: Wanita yang melahirkan anak ketika usia remaja berisiko menjadi gemuk berbanding rakan mereka yang tidak mengandung dalam usia yang sama. Dr. Erica P. Gunderson dari Kaiser Permanente di Oakland, California, AS berkata, keadaan ini berlaku kerana perkembangan remaja itu ketika melahirkan anak adalah tinggi dan sekali gus mempercepatkan proses kegemukan yang sepatutnya lambat berlaku.

Tempiasan alkohol sebabkan kanser

MENURUT hasil penyelidikan Institut Kebangsaan mengenai Alkohol dan Penyalahgunaan Alkohol Amerika Syarikat, tempiasan alkohol pada muka peminumnya mampu mengundang kanser gullet.

Enzim yang terdapat pada kulit menjadi kemerahan serta kesan ruam serius apabila ia bertindak balas dengan alkohol.

EKSTRA: Kaedah akupuntur yang digunakan bagi menghilangkan rasa panas yang dikaitkan dengan menopaus sebenarnya tidak membantu mengurangkannya, menurut ketua penyelidik dari Institut Perubatan Oriental Korea, Dr. Myeong Soo Lee (KOSMO, 21 April 2009).

Isnin, April 20, 2009

Dan Sebenarnya (YUNA)



oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura-pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

Jumaat, April 17, 2009

Kenali Jenis Lelaki

Lelaki ialah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, macho, aktif, romantik dan sensitif.

JIKA lelaki meminati barangan seperti patung, kad-kad muzikal berbaur cinta atau baju-T dan seluar, bermakna lelaki ini tergolong dalam lelaki yang manja.

Bagi lelaki macho, mereka pula lebih menggemari hadiah daripada wanita yang berupa jaket kulit, tali pinggang kulit, topi keledar atau yang melibatkan motosikal berkuasa besar dan kereta sport.

Lelaki romantik pula akan menggemari hadiah berupa ungkapan I Love You, cakera padat lagu-lagu romantik, foto atau barangan yang melibatkan mesej dan makna simbolik.

Untuk lelaki sensitif pula, mereka ini lebih menyukai hadiah seperti buku, sajak atau diari agar mereka dapat menghabiskan masa bersendirian.

Akhir sekali, lelaki aktif yang menggemari hadiah berupa barangan seperti kasut, seluar dan baju sukan, topi, jam tangan atau pil vitamin.

Justeru, sebagai wanita, adalah penting untuk anda mengetahui jenis apakah kekasih anda. Hakikatnya, memang susah menjaga hati lelaki. Apatah lagi memikirkan apakah yang hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan anda. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.

Rabu, April 08, 2009

Lelaki Berubah Lepas Berkahwin Layanan Buat Isteri Makin Kurang

“Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya.” Ia antara satu keluhan biasa. Namun ia berbeza apabila ada suami yang berkata, “Mengapa isteri tidak berbual-bual dengan saya”.

Hakikatnya, ia bukan isu baru dan bukan juga isu basi untuk diperkatakan kerana ia terus berlangsung dalam kehidupan berkeluarga hari ini. Layanan yang didambakan seorang isteri sering tidak mendapat perhatian daripada suami.

Bukan sekadar di atas katil sebagai menunaikan tanggungjawab sebaliknya seorang isteri mahukan suami terus mengekalkan sikap keprihatinan sebelum perkahwinan; pandai mengambil hati, memahami perasaan, bergurau senda dan menjadi pendengar yang setia mahupun berkongsi cerita. Sayangnya lelaki berubah setelah bergelar suami.

Mereka lebih ‘berkira’ untuk meluangkan masa bersama isteri seterusnya enggan menzahirkan kasih sayang dalam pelbagai cara. Ikuti pendapat perunding motivasi dan wanita mengenai isu ini. Stigma, isteri perlu melayan Dr Robiah Hamzah - Perunding motivasi di RKH Motivation & Services

Menyentuh perihal suami yang tidak pandai melayan, Dr. Robiah berpendapat ia sebagai satu stigma yang telah diwarisi sejak sekian lama. Dalam kehidupan suami isteri, isu layanan tidak seharusnya dipandang enteng bagi memastikan kemesraan setiap pasangan berterusan. “Isu tidak melayan isteri ini sudah menjadi satu kefahaman yang lama. Stigma masyarakat kita ialah tugas melayan terletak di bahu isteri.

Suami adalah raja.

“Di pihak suami pula, mereka berpendapat mereka bukan melayan, sebaliknya menerima layanan dan secara tradisinya, isteri juga menganggap perkara yang serupa. Tidak kurang juga yang menobatkan lelaki sebagai penerima layanan dan tidak mengetahui cara untuk melayan isteri. “Perkara ini berlaku kerana suami berpendapat tugasnya sebagai ketua keluarga adalah untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga. Begitu juga dengan ego seorang lelaki.

Dari generasi ke generasi, ini yang telah tersemat dalam diri setiap lelaki, lalu menjadi diwarisi. “Isu layanan ini tidak dibincangkan secara khusus atau terbuka kerana masyarakat menganggapnya sebagai isu tabu. Konsep melayan tidak terlalu subur dan tidak terbuka dalam budaya kita menjadikan orang ramai menganggapnya sebagai satu yang sulit dan harus difahami oleh pasangan suami isteri itu sahaja.

“Malah, dalam budaya kita juga, kita tidak diajar untuk menyenaraikan jenis layanan antara suami dengan isteri. Tidak ada diskusi atau perbincangan mengenai layanan, termasuklah cara layanan yang mahu atau diharapkan oleh suami atau isteri menyebabkan perkara ini terpinggir,” ujarnya.

Bantuan penasihat

Tambah Dr. Robiah Hamzah perkara ini boleh menjadi salah satu faktor punca berlakunya penceraian. Sama ada perkahwinan tersebut berlangsung dalam tempoh yang singkat mahupun pasangan yang telah hidup bersama 30 tahun lalu hanya kerana tidak mahu berfikiran terbuka.

“Isu ini akan terus terbiar sedangkan layanan suami terhadap isteri begitu penting dan perlu dititikberatkan. Kerana malu, ia tidak diangkat menjadi satu perbualan. Masyarakat harus didedahkan perkara yang bakal berlaku jika tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada seorang suami atau isteri.

“Sebenarnya pelbagai bentuk layanan boleh berlaku. Konsep mengambil berat, memahami tentang diri dan perasaan, mempercayai, menerima seadanya dan berfikiran positif kepada pasangan merupakan contoh layanan yang boleh diberikan oleh setiap pasangan. Jika bentuk layanan seperti ini tidak diangkat, bermakna tidak akan berlaku perkongsian, kasih sayang dan percintaan.

“Akibatnya, pasangan tersebut akan melalui kehidupan secara langsung tanpa berlakunya sebarang perubahan. Pasangan tersebut akan melakukan perkara yang diketahui sahaja sama ada ia memberi keselesaan kepada satu pihak atau tidak. Tidak ada salahnya jika mendapat bantuan penasihat seperti orang tua, adik-beradik atau rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk membantu anda. “Jika tiada tindakan, isteri akan terus kecewa kerana tidak memperoleh layanan yang diharap-harapkan.

Sebenarnya dalam perkongsian hidup, suami perlu cuba melakukan perubahan sikap dan memberikan layanan sewajarnya untuk menggembirakan hati isteri. Bagaimanapun, masyarakat kita pula melihatnya sebagai satu yang negatif apabila percubaan suami menggembirakan isteri dilihat sebagai mengikut telunjuk isteri,” beritahunya lagi.

“Selain itu, layanan dalam bentuk lisan dan bukan lisan perlu digabungkan untuk memperoleh hasil yang lebih baik. Dalam satu kajian mendapati, wanita tidak akan berhenti bercakap dan dianggap tidak sihat, jika berhenti bercakap. Namun bagi lelaki pula, jika mereka yang tidak berhenti bercakap, ia akan dianggap sebagai tidak sihat. Logiknya, lisan perlu diiringi dengan amali. Ia tidak berlaku jika hanya bercakap tanpa mempraktikkan.

“Contoh dan ikutan terbaik ialah Rasulullah S.A.W yang begitu menghargai isteri. Nabi Muhammad S.A.W melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati isteri. Ini menunjukkan pada masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri (Mingguan Wanita, April 2009).

Benarkah Wanita Sensitif, Lelaki Ego??

LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Penggunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.
Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI (KOSMO 26 Ogos 2008)

Jumaat, April 03, 2009

Hindu Javanese



http://www.amazon.com/dp/0691028567?tag=mlesat-20&camp=14573&creative=327641&linkCode=as1&creativeASIN=0691028567&adid=0BH569JQ1ZHANBQ4DBEP&#reader