Jumaat, Mac 27, 2009

Nyawaku



Inilah nyawa saya dan ketiga-tiganya wajib bersama di mana sahaja saya berada. Baru-baru ini ketiga-tiganya diserang wabak penyakit menyebabkan saya panik. Manakan tidak semua maklumat penting di dalamnya hilang serta merta membuatkan saya menangis seperti orang hilang punca. Alhamdulillah ada yang membantu mendapatkan maklumat tersebut kembali dan dapatlah saya meneruskan kerja seperti biasa. Syukur sangat pada Allah... Pada saat itulah semua maklumat penting perlu saya hantar. Pengalaman tersebut buat saya lebih berhati-hati kini. Sebelum memulakan tugas, ketiga-tiganya perlu dicuci dahulu dan dibersihkan dari pelbagai kuman dan bakteria. Itulah nyawa saya yang sangat penting dan bermakna.

Tiada ulasan: