Isnin, Disember 21, 2009

Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia


ISBN: 9789834359652
Author: Danny Lim/ Ahmad Kamal Abu Bakar (translator)
Publisher: Matahari Books
Year: 2008
Number of page: 115
Price:RM20.00

Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanit...a-wanita yang kematian suami lebih menyenangi kehadiran Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang berterbangan bersama-sama dengan usus-ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi 'kak-kak-kak-kak-kak' di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh-roh pelbagai bangsa yang menghantui Malaysia.

Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu


ISBN: 978967612155-X
Author: Ahmad Jelani Halimi
Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Year: 2008
Number of page: 412
Price:RM40.00

Tulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama yang mengandungi sejarah dan tamadun bangsa Melayu sejak prasejarah hinggalah sampai ia dipengaruhi oleh budaya dan kepercayaan dari India. Dalam bahagian ini juga dijelaskan tentang perkembangan perdagangan di kawasan Nusantara serta pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal serta kerajaan-kerajaan yang dipengaruhi budaya Hindu-Buddha.Dalam bahagian kedua dibincangkan tentang penyebaran agama Islam di kawasan ini serta pengaruhnya dalam kalangan bangsa Melayu. Bahagian dua juga menerangkan tentang perkembangan kerajaan-kerajaan Islam di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Indo-China, Kalimantan dan Jawa. Dinyatakan juga tentang sebab-sebab kebangkitan, perkembangan dan keruntuhan kerajaan-kerajaan itu. Dicatatkan juga tentang kesan serta pengaruh agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu.

13 Mei: Sebelum dan Selepas



ISBN: 9789676120731
Author: Tunku Abdul Rahman
Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Year: 2007
Number of page: 195
Price:RM20.00

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana k...ejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak dapat tolok bandingnya.Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan (Tunku Abdul Rhman, 1969)

Telefon Baru - 1 Muharam 1431 Hijrah

Khamis, November 05, 2009

Pantang Larang Kapur Sirih

Oleh: Nurul Farina Nazlan

Masyarakat Melayu, India dan suku Sarawak manfaat cara berbeza

KAPUR sirih memang banyak kegunaannya sama ada dalam pembuatan kuih-muih tradisional, ketika bersalin, memakan sirih atau berubat dalam masyarakat Melayu, tetapi suatu yang jarang diketahui ramai bahawa ada pantang larang penggunaannya dalam masyarakat India dan suku di Sarawak.
Pengalaman penulis ketika berkunjung ke sebuah kedai milik bangsa India pada satu senja kerana ingin membeli kapur memberi pengalaman baru apabila pemilik kedai enggan menjual kapur dengan alasan sudah kehabisan stok, meskipun sebenarnya ia dapat dilihat masih ada.

Seakan-akan tidak percaya dengan jawapan itu dan selepas melihat reaksi pelik penulis, pemilik kedai terbabit menerangkan dalam masyarakat India, ada pantang larang bahawa mereka tidak dibenarkan menjual kapur pada waktu senja kecuali pembeli mengambil sendiri tanpa bertanya kepada penjual dan terus membayarnya.

Pemilik kedai itu memberitahu penulis, sekiranya dia menjual kapur berkenaan, ia mungkin akan menimbulkan perbalahan antara kami berdua pada suatu masalah kelak kerana dalam masyarakat India kapur dianggap barang keperluan yang panas.

Selain daripada pantang larang terbabit, penulis diberitahu, masyarakat India juga berpegang kepada kepercayaan bahawa amalan memakan sirih yang dilengkapkan dengan pinang dan kapur oleh wanita dalam tempoh berpantang dapat menambah zat kalsium dalam tubuh mereka.

Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Prof Dr M Rajantheran, berkata sebenarnya kebanyakan kepercayaan dan pantang larang masyarakat India terhadap penggunaan kapur sirih semakin terhakis ekoran peralihan zaman dan kepercayaan yang menipis di kalangan generasi muda.

“Memang pada zaman dulu, masyarakat mengaitkan banyak benda untuk dijadikan pantang larang bagi mengelakkan berlakunya sesuatu perkara buruk. Sebagai contoh, kita dilarang memotong kuku pada waktu malam dengan alasan akan muncul lembaga jika tidak dipatuhi,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pantang larang berkenaan diguna pakai masyarakat zaman dulu kerana ketiadaan bekalan elektrik akan menjejaskan penglihatan pemotong kuku pada waktu malam dan memungkinkan berlakunya kecederaan kepada pelaku dan kuku yang bertaburan di lantai menyebabkan ketidakselesaan pada orang lain.

Bagi Prof M Rajantheran, mereka yang masih percaya kepada pantang larang berhubung kapur sirih adalah dalam kelompok masyarakat konservatif yang masih berpegang teguh terhadap amalan dan kepercayaan lama meskipun sudah berada pada alaf ketiga.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yusmilayati Yunos pula, berkata dalam masyarakat Melayu tidak ada istilah pantang larang yang kuat membabitkan penggunaan kapur sirih.

“Dalam masyarakat Melayu pantang larang ini kurang berbanding Jawa yang sering mencalitkan kapur di bahagian telinga kanak-kanak, pada upacara kematian bagi mengelakkan si anak daripada terkejut atau terkena sampuk dengan makhluk halus,” katanya.

Yusmilayati mendedahkan, kajian pelajarnya berhubung amalan pantang larang membabitkan kapur sirih di Sarawak mendapati bahawa kapur yang dibalut dengan daun sirih dan pinang diletakkan bersebelahan sebatang paku dalam upacara perkahwinan.

Semua barang berkenaan akan dibuang ke dalam sungai kerana dipercayai boleh membuang sial, mengelakkan pasangan pengantin daripada terkena bala dan demi menjaga keselamatan pasangan pengantin dan bagi memastikan majlis perkahwinan terbabit berjalan lancar.

“Amalan itu masih menjadi tradisi masyarakat di Sarawak hingga ke hari ini . Malah, ia juga digunakan bagi menaikkan seri wajah dalam perubatan di sana dan dipanggil ‘menconteng’ iaitu bagi mengelak gangguan makhluk halus dengan mencalit kapur di atas kunyit hidup,” jelasnya.

Yusmila berkata, kebanyakan bomoh dan pawang menggunakan mantera tertentu bagi tujuan menyembuhkan penyakit terutama yang berkaitan dengan makhluk halus dan menasihatkan masyarakat agar meneliti sama ada ia bertentangan atau tidak dengan hukum Islam.

Bismi’llahi’l -Rahmani’l-Rahim
Nun di atas na pinangku
Nun di atas du sirihku
Kumbang menari-nari padaku
Semut mengiring-ngiring dibibirku
Seri naik ke dahiku
Cahaya naik ke wajahku
Seri ku sik hilang
Cahaya ku sik berubah
Berkat aku makei doa la ilaha illa’llah
Muhammadar Rasulullah.


Justeru, amalan dan pantang larang berkenaan kapur sirih sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan jika diamalkan, tetapi ia perlu dielakkan jika membawa kepada amalan khurafat dan syirik khususnya kepada masyarakat Islam yang berimankan kepada Allah dan nabi Muhammad saw.

(Lihat Berita Harian, 5 November 2009, ruangan Sastera)

**Kajian berkenaan kapur sirih ini dijalankan oleh Norlydiawati Saji