Selasa, April 21, 2009

Lubang Gergasi Bumi


RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas, Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara.


LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.


PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.


TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.



IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.
(KOSMO 21 April 2009)

Penemuan Kesihatan

TAHUKAH anda mengenai kebaikan avortemin, penemuan terbaru dalam bidang imbasan ultra bunyi? Bagaimana pula dengan risiko oral seks serta bahaya tempiasan alkohol? Ikuti ruangan Penemuan pada minggu ini untuk jawapannya.

Avortemin hilangkan parut

PENYELIDIKAN dibuat terhadap sejenis ubatan khas untuk menghilangkan kesan parut yang kini terbukti berkesan, menurut penyelidik di United Kingdom.

Ubat tersebut, Avotermin, akan disuntik ke bahagian parut yang akan bertindak mengurangkan kesannya tanpa meninggalkan tanda merah dan kesan jelas.

EKSTRA: Kekurangan pengambilan vitamin A dan C mampu mengundang risiko asma menurut satu kajian yang dijalankan selama 30 tahun. Menurut penyelidik dari Universiti Nottingham, terdapat peningkatan sebanyak 12 peratus berlakunya risiko asma ke atas mereka yang kekurangan dua jenis vitamin tersebut.

Imbas strok kanak-kanak

SATU pengimbas ultra bunyi yang membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit berkaitan darah, sickle, juga didapati mampu mengesan kehadiran strok.

Menurut Dr. Heather J. Fullerton dari Universiti California, semenjak mesin pengimbas ultrabunyi Transcranial Doppler (TCD) itu digunakan, kejayaan mengurangkan kejadian strok pada kanak-kanak mencapai hampir 80 peratus.

EKSTRA: Satu kajian di Perancis yang dikeluarkan dalam jurnal perubatan Lancet Neurology mendapati penggunaan acetaminophen pada suhu tubuh normal mampu mengurangkan risiko serangan strok pada peringkat pertama.

Ubat tersebut turut digunakan bersama Crestor, Lipitor dan Zocor dalam mengurangkan kandungan statin kolesterol.

Seks oral punca kanser tekak



PARA penyelidik memberi amaran bahawa sejenis virus dapat menyebabkan kanser tekak bagi mereka yang gemar melakukan seks oral. Menurut jurnal perubatan New England, risiko virus ini merebak adalah sembilan kali lebih tinggi bagi mereka yang melakukan seks oral dengan enam pasangan atau lebih.

EKSTRA: Wanita yang melahirkan anak ketika usia remaja berisiko menjadi gemuk berbanding rakan mereka yang tidak mengandung dalam usia yang sama. Dr. Erica P. Gunderson dari Kaiser Permanente di Oakland, California, AS berkata, keadaan ini berlaku kerana perkembangan remaja itu ketika melahirkan anak adalah tinggi dan sekali gus mempercepatkan proses kegemukan yang sepatutnya lambat berlaku.

Tempiasan alkohol sebabkan kanser

MENURUT hasil penyelidikan Institut Kebangsaan mengenai Alkohol dan Penyalahgunaan Alkohol Amerika Syarikat, tempiasan alkohol pada muka peminumnya mampu mengundang kanser gullet.

Enzim yang terdapat pada kulit menjadi kemerahan serta kesan ruam serius apabila ia bertindak balas dengan alkohol.

EKSTRA: Kaedah akupuntur yang digunakan bagi menghilangkan rasa panas yang dikaitkan dengan menopaus sebenarnya tidak membantu mengurangkannya, menurut ketua penyelidik dari Institut Perubatan Oriental Korea, Dr. Myeong Soo Lee (KOSMO, 21 April 2009).

Isnin, April 20, 2009

Dan Sebenarnya (YUNA)



oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura-pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku

Jumaat, April 17, 2009

Kenali Jenis Lelaki

Lelaki ialah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, macho, aktif, romantik dan sensitif.

JIKA lelaki meminati barangan seperti patung, kad-kad muzikal berbaur cinta atau baju-T dan seluar, bermakna lelaki ini tergolong dalam lelaki yang manja.

Bagi lelaki macho, mereka pula lebih menggemari hadiah daripada wanita yang berupa jaket kulit, tali pinggang kulit, topi keledar atau yang melibatkan motosikal berkuasa besar dan kereta sport.

Lelaki romantik pula akan menggemari hadiah berupa ungkapan I Love You, cakera padat lagu-lagu romantik, foto atau barangan yang melibatkan mesej dan makna simbolik.

Untuk lelaki sensitif pula, mereka ini lebih menyukai hadiah seperti buku, sajak atau diari agar mereka dapat menghabiskan masa bersendirian.

Akhir sekali, lelaki aktif yang menggemari hadiah berupa barangan seperti kasut, seluar dan baju sukan, topi, jam tangan atau pil vitamin.

Justeru, sebagai wanita, adalah penting untuk anda mengetahui jenis apakah kekasih anda. Hakikatnya, memang susah menjaga hati lelaki. Apatah lagi memikirkan apakah yang hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan anda. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.

Rabu, April 08, 2009

Lelaki Berubah Lepas Berkahwin Layanan Buat Isteri Makin Kurang

“Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya.” Ia antara satu keluhan biasa. Namun ia berbeza apabila ada suami yang berkata, “Mengapa isteri tidak berbual-bual dengan saya”.

Hakikatnya, ia bukan isu baru dan bukan juga isu basi untuk diperkatakan kerana ia terus berlangsung dalam kehidupan berkeluarga hari ini. Layanan yang didambakan seorang isteri sering tidak mendapat perhatian daripada suami.

Bukan sekadar di atas katil sebagai menunaikan tanggungjawab sebaliknya seorang isteri mahukan suami terus mengekalkan sikap keprihatinan sebelum perkahwinan; pandai mengambil hati, memahami perasaan, bergurau senda dan menjadi pendengar yang setia mahupun berkongsi cerita. Sayangnya lelaki berubah setelah bergelar suami.

Mereka lebih ‘berkira’ untuk meluangkan masa bersama isteri seterusnya enggan menzahirkan kasih sayang dalam pelbagai cara. Ikuti pendapat perunding motivasi dan wanita mengenai isu ini. Stigma, isteri perlu melayan Dr Robiah Hamzah - Perunding motivasi di RKH Motivation & Services

Menyentuh perihal suami yang tidak pandai melayan, Dr. Robiah berpendapat ia sebagai satu stigma yang telah diwarisi sejak sekian lama. Dalam kehidupan suami isteri, isu layanan tidak seharusnya dipandang enteng bagi memastikan kemesraan setiap pasangan berterusan. “Isu tidak melayan isteri ini sudah menjadi satu kefahaman yang lama. Stigma masyarakat kita ialah tugas melayan terletak di bahu isteri.

Suami adalah raja.

“Di pihak suami pula, mereka berpendapat mereka bukan melayan, sebaliknya menerima layanan dan secara tradisinya, isteri juga menganggap perkara yang serupa. Tidak kurang juga yang menobatkan lelaki sebagai penerima layanan dan tidak mengetahui cara untuk melayan isteri. “Perkara ini berlaku kerana suami berpendapat tugasnya sebagai ketua keluarga adalah untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga. Begitu juga dengan ego seorang lelaki.

Dari generasi ke generasi, ini yang telah tersemat dalam diri setiap lelaki, lalu menjadi diwarisi. “Isu layanan ini tidak dibincangkan secara khusus atau terbuka kerana masyarakat menganggapnya sebagai isu tabu. Konsep melayan tidak terlalu subur dan tidak terbuka dalam budaya kita menjadikan orang ramai menganggapnya sebagai satu yang sulit dan harus difahami oleh pasangan suami isteri itu sahaja.

“Malah, dalam budaya kita juga, kita tidak diajar untuk menyenaraikan jenis layanan antara suami dengan isteri. Tidak ada diskusi atau perbincangan mengenai layanan, termasuklah cara layanan yang mahu atau diharapkan oleh suami atau isteri menyebabkan perkara ini terpinggir,” ujarnya.

Bantuan penasihat

Tambah Dr. Robiah Hamzah perkara ini boleh menjadi salah satu faktor punca berlakunya penceraian. Sama ada perkahwinan tersebut berlangsung dalam tempoh yang singkat mahupun pasangan yang telah hidup bersama 30 tahun lalu hanya kerana tidak mahu berfikiran terbuka.

“Isu ini akan terus terbiar sedangkan layanan suami terhadap isteri begitu penting dan perlu dititikberatkan. Kerana malu, ia tidak diangkat menjadi satu perbualan. Masyarakat harus didedahkan perkara yang bakal berlaku jika tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada seorang suami atau isteri.

“Sebenarnya pelbagai bentuk layanan boleh berlaku. Konsep mengambil berat, memahami tentang diri dan perasaan, mempercayai, menerima seadanya dan berfikiran positif kepada pasangan merupakan contoh layanan yang boleh diberikan oleh setiap pasangan. Jika bentuk layanan seperti ini tidak diangkat, bermakna tidak akan berlaku perkongsian, kasih sayang dan percintaan.

“Akibatnya, pasangan tersebut akan melalui kehidupan secara langsung tanpa berlakunya sebarang perubahan. Pasangan tersebut akan melakukan perkara yang diketahui sahaja sama ada ia memberi keselesaan kepada satu pihak atau tidak. Tidak ada salahnya jika mendapat bantuan penasihat seperti orang tua, adik-beradik atau rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk membantu anda. “Jika tiada tindakan, isteri akan terus kecewa kerana tidak memperoleh layanan yang diharap-harapkan.

Sebenarnya dalam perkongsian hidup, suami perlu cuba melakukan perubahan sikap dan memberikan layanan sewajarnya untuk menggembirakan hati isteri. Bagaimanapun, masyarakat kita pula melihatnya sebagai satu yang negatif apabila percubaan suami menggembirakan isteri dilihat sebagai mengikut telunjuk isteri,” beritahunya lagi.

“Selain itu, layanan dalam bentuk lisan dan bukan lisan perlu digabungkan untuk memperoleh hasil yang lebih baik. Dalam satu kajian mendapati, wanita tidak akan berhenti bercakap dan dianggap tidak sihat, jika berhenti bercakap. Namun bagi lelaki pula, jika mereka yang tidak berhenti bercakap, ia akan dianggap sebagai tidak sihat. Logiknya, lisan perlu diiringi dengan amali. Ia tidak berlaku jika hanya bercakap tanpa mempraktikkan.

“Contoh dan ikutan terbaik ialah Rasulullah S.A.W yang begitu menghargai isteri. Nabi Muhammad S.A.W melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati isteri. Ini menunjukkan pada masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri (Mingguan Wanita, April 2009).

Benarkah Wanita Sensitif, Lelaki Ego??

LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Penggunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.
Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI (KOSMO 26 Ogos 2008)

Jumaat, April 03, 2009

Hindu Javanese



http://www.amazon.com/dp/0691028567?tag=mlesat-20&camp=14573&creative=327641&linkCode=as1&creativeASIN=0691028567&adid=0BH569JQ1ZHANBQ4DBEP&#reader